KAJIAN TINDAKAN KARANGAN BAHASA MELAYU
Adakah cikgu mengalami masalah untuk mengajar murid kelas
hujung untuk menulis karangan terutamanya murid tingkatan 1. Tahukah cikgu
kenapa mereka ini tidak dapat menjawab soalan karangan? Pernahkah cikgu
terfikir apa punca masalah sebenar.
Di sini saya ingin kongsikan sedikit idea untuk membantu
murid-murid di kelas hujung ini. Daripada temubual saya bersama beberapa orang
murid di dapati mereka tidak tahu menjawab soalan jenis karangan kerana mereka
tidak dapat mengambarkan apa kehendak soalan. Nah….bagaimana mungkin mereka ini
hendak mengarang sedangkan mengambarkan kehendak soalan pun mereka tidak tahu.
Pada pendapat saya, biarlah sedikit mereka belajar tetapi
mereka dapat. Ya sudah tentu format karangan hendaklah diajar terlebih dahulu.
Contoh : Karangan Isu
Alam Sekitar
Langkah 1 : Guru memaparkan slide gambar-gambar tentang alam sekitar seperti
-
Hutan simpan
-
Pembalakan haram
-
Penanaman semula
pokok
-
Pembakaran terbuka
-
(lain-lain
berkenaan alam sekitar)
Note : Saya lebih suka menggunakan LCD projector untuk menarik minat murid. Sekiranya terdapat video lagi baik.
Langkah 2 : Bagi
setiap gambar, minta murid buat ayat ringkas apa yang mereka Nampak secara
individu dan kumpulan.
Langkah 3 : Minta
murid sambung setiap ayat yang telah mereka bina menjadi sebuah perenggan untuk
setiap gambar.
Langkah 4 : Minta setiap kumpulan mengemukakan hasil dapatan mereka.
Setelah murid ini mahir mengambarkan isu alam sekitar,
guru tukar strategi mengantikan gambar kepada peta pemikiran. Minta murid buat
ayat ringkas. Gabungkan ayat-ayat ringkas menjadi perenggan.
Akhirnya barulah murid didedahkan dengan format soalan
sebenar. Cikgu hurus ingat, kajian tindakan memerlukan masa yang lama untuk
mendapatkan hasil yang kita kehendak.
Sedikit idea daripada cikgu fizik untuk rakan-rakan yang
mengajar Bahasa Melayu.
Aktiviti 1 :
No comments:
Post a Comment