Wednesday, May 27, 2015

Tutorial Membina Blog

Tutorial Membina Blog Mudah


Petang esok (28/5/2015) akan ditugaskan untuk memberi bengkel kepada 2 sahabat guru sains untuk menghasilkan blog bagi kegunaan sekolah. So mereka bolehlah mula menulis dan berkarya masa cuti sekolah nanti.

Pegetua pula minta kita buat bengkel untuk cikgu-cikgu di daerah Sibu, (Mampu ke....)

Kita ketepikan dulu permintaan Pengetua.

Di sini saya titipkan serba ringkas atau asas untuk membina blog menggunakan blogspot yang FREE tak payah beli atau bayar untuk .COM.

Tuesday, May 26, 2015

Penilaian Bersepadu (e-Prestasi) Guru

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(e-Prestasi) Guru


Penilaian Bersepadu ni dah pun bermula tahun lepas (2014). Aras pemarkahan online adalah (1,2,3,4). Tahun lepas saya diberi kebanyakannya aras 2 dan 3 oleh Pegawai Penilai saya. Bila saya baca panduan yang dibekalkan oleh kementerian saya agak terkejut 2 tu membawa maksud KURANG.  Dapat tahu je terus saya jumpa dengan Pengetua berbincang dengannya mengenai aras pemarkahan dalam online ni. Biasalah kita ingat aras 2 tu 50%. Sebab 100% bahagi 4 = 25%. So hati-hati ye Pegawai Penilai dalam menilai mereka di bawah selian anda.

Bagi mereka yang ingin tahu agihan peratusan markah dan instrumen yang diperlukan bolehlah bersiap siaga kerana penilaian kali pertama akan dilakukan pada Sepanjang Jun hingga 31 Julai


Monday, May 25, 2015

Fail PPB Individu

FAIL PPB INDIVIDU

Sebenarnya tengah menyediakan slide untuk taklimat dengan guru-guru VOTEK dan Sains di Sekolah saya untuk Fail PPB dan Sistem Pemarkahan Bersepadu yang rakan-rakan guru dok pening sekarang ni. Tapi malam ni sempat siapkan untuk isi kandungan Fail PPB je. Sisten Pemarkahan Bersepadu saya kongsikan di entri yang lain bila dah siap nanti.

Sebelum ni dah isi Fail PPB ni mengikut skop yang telah dibekalkan oleh Kementeria, empat hari saya isi masa nak isi fail ni. Tapi bila bincangan dengan Pengetua, Pengetua minta ubah seperti mana yang dia kehendak. Kita ikut jelah....sebab Pengetua yang bagi markah penilaian nanti. So..apa yang saya nak kongsikan di sini tak semestinya sama untuk sekolah rakan-rakan guru yang lain. Tapi saya harap ia sedikit membantu rakan-rakan guru. Baca seterusnya....

Sedikit Softcopy untuk kegunaan Rakan Guru.

Sunday, May 24, 2015

Penggunaan Lampu Isyarat Dalam PdP

Kelas Abad Ke-21


Baru-baru ini saya dicerap oleh SISC+ berkenaan penggunaan lampu isyarat bagi mendapat respon segera daripada murid untuk menjimatkan masa.

Saya tak ada ABM itu masa tu, dan terpaksa pinjam daripada kawan yang ada.

Penggunaan lampu isyarat ni sebenarnya bagus untuk mendapat respon bagi kelas yang besar.

Apa-apa pun bagi mereka yang berminat bolehlah dapatkan softcopy di sini.

Sunday, May 17, 2015

VLE- Virtual Learning Environment

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Tapi malangnya kami yang berada di Sarawak tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan ini kerana ketiadaan rangkaian 4G. Baru-baru ini Syarikat TM telah melancarkan produk terbaharunya TM Go. Maka bolehlah masuk VLE ini laju sikit.

Agak teruja apabila VLE juga menganjurkan pertandingan antara guru bagi memangkin semangat guru dalam penggunaan VLE ini.

Di sini saya titipkan sedikit nota yang saya ada berkenaan dengan asas VLE ini. 

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

Komuniti Pembelajaran Profesional
Sebahagian info diperoleh dari blog painestewart77



Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru. 

Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.



APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 






·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC
·                     memastikan pembelajaran murid
·                     budaya kolaborasi
·                     fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
·                     Kongsi kepimpinan
·                     kongsi nilai dan visi
·                     pembelajaran kolektif dan aplikasi
·                     kongsi amalan peribadi
·                     struktur
·                     hubungan

STRATEGI PLC
PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:



Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi
·                     Lesson Study
·                     Peer Coaching
·                     Learning Walk
·                     Teacher Sharing Session
·                     Video Critique


Fail Penyelaras PLC Sekolah
Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
·                     Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
·                     Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
·                     Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
·                     Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
·                     Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
·                     Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu. 


Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
1.            Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.


Bagi mana-mana guru yang ingin tahu lebih mendalam mengenai PLC, Sila Klik LINK

Saturday, May 16, 2015

Idea Untuk Kajian Tindakan Bahasa Melayu

KAJIAN TINDAKAN KARANGAN BAHASA MELAYU



            Adakah cikgu mengalami masalah untuk mengajar murid kelas hujung untuk menulis karangan terutamanya murid tingkatan 1. Tahukah cikgu kenapa mereka ini tidak dapat menjawab soalan karangan? Pernahkah cikgu terfikir apa punca masalah sebenar.
            Di sini saya ingin kongsikan sedikit idea untuk membantu murid-murid di kelas hujung ini. Daripada temubual saya bersama beberapa orang murid di dapati mereka tidak tahu menjawab soalan jenis karangan kerana mereka tidak dapat mengambarkan apa kehendak soalan. Nah….bagaimana mungkin mereka ini hendak mengarang sedangkan mengambarkan kehendak soalan pun mereka tidak tahu.
            Pada pendapat saya, biarlah sedikit mereka belajar tetapi mereka dapat. Ya sudah tentu format karangan hendaklah diajar terlebih dahulu.

Contoh : Karangan Isu Alam Sekitar
Langkah 1 :     Guru memaparkan slide gambar-gambar tentang                               alam sekitar seperti
-          Hutan simpan
-          Pembalakan haram
-          Penanaman semula pokok
-          Pembakaran terbuka
-          (lain-lain berkenaan alam sekitar)

Note : Saya lebih suka menggunakan LCD projector untuk menarik             minat murid. Sekiranya terdapat video lagi baik.

Langkah 2 :     Bagi setiap gambar, minta murid buat ayat ringkas           apa yang mereka Nampak secara individu dan                   kumpulan.

Langkah 3 :     Minta murid sambung setiap ayat yang telah mereka         bina menjadi sebuah perenggan untuk setiap                     gambar.

Langkah 4 :     Minta setiap kumpulan mengemukakan hasil                                     dapatan mereka.

            Setelah murid ini mahir mengambarkan isu alam sekitar, guru tukar strategi mengantikan gambar kepada peta pemikiran. Minta murid buat ayat ringkas. Gabungkan ayat-ayat ringkas menjadi perenggan.
           
            Akhirnya barulah murid didedahkan dengan format soalan sebenar. Cikgu hurus ingat, kajian tindakan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang kita kehendak.

            Sedikit idea daripada cikgu fizik untuk rakan-rakan yang mengajar Bahasa Melayu.

Aktiviti 1 :

Ujian Amali Fizik

Ujian Amali Fizik


Ujian Amali untuk Mata Pelajaran Sains Tulin telah ditunda dan tidak dilaksanakan pada tahun 2015. Murid di tingkatan 4 pada tahun 2015 diminta untuk menduduki ujian tersebut secara "PBS".
Sedikit perkongsian contoh soalan amali fizik yang telah dikongsi oleh rakan-rakan guru.


Friday, May 15, 2015

Panduan Penulisan Laporan Program

Panduan Penulisan Laporan Program (NPQEL)


Pengenalan NPQEL Mod Baru

Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.
Program NPQEL  mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
Kandungan mod baru NPQEL mengambil kira semua aspek keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua bidang relevan yang terkandung dalam mod sedia ada.
STRUKTUR PROGRAM NPQEL

Tapi saya lebih berminat tatacara penulisan laporan yang telah disediakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Format yang dibekalkan boleh diserap dalam penulisan laporan yang lain. Baca seterusnya untuk format laporan...

Thursday, May 14, 2015

Kajian Tindakan (Ungkapan Algebra)



ABSTRAK 

Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri perlunya penyelidikan diadakan
dikalangan pendidik bagi meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah kerana wujudnya iklim yang berbeza di sesebuah sekolah.

Tujuan kajian tindakan ini diadakan adalah untuk mengubah
presepsi dikalangan murid mengenai ungkapan algebra daripada sukar dan mengelirukan kepada
mudah dan menyeronokkan.

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Di mana algebra merupakan asas kepada topik-topik yang lain seperti persamaan kuadratik, persamaan garis lurus, statistik dan sebagainya. Seramai 37 orang murid tingkatan satu dan seorang guru Sekolah Menengah Kerajaan Bawang Assan, Sibu terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan murid, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), borang soal selidik dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra dan kurang mahir menggunakan kalkulator sainstifik. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah ‘Papan Token 10 Ungkapan Algebra’ dan ‘Permainan Ular-Tangga Algebra’.

Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat
dibuktikan dengan peningkatan min ujian daripada 42 kepada 75. Hasil kajian menunjukkan kaedah
ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran murid menggunakan kalkulator sainstifik
dengan tepat.   BACA SELANJUTNYA...................

Wednesday, May 13, 2015

Modul Ujian Lisan Fizik


PENGENALAN

Fizik merupakan satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada murid aliran sains
sekolah menengah. Untuk menguasai mata pelajaran ini kefahaman yang komprehensif amat
diperlukan dari segi konsep dan prinsip fizik di kalangan murid. Bagi menguji tahap kefahaman
murid dari segi konsep dan prinsip fizik, maka modul ujian lisan ini diadakan.

Modul ini terdiri daripada 45 kad yang merakumi sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Terdapat 22 kad untuk Tingkatan 4 dan 23 kad untuk Tingkatan 5. Setiap kad pula terdiri daripada
10 soalan yang perlu dijawab oleh murid secara lisan.  Semasa sesi soal jawab di antara guru dan murid, guru boleh memerhatikan kebolehan murid untuk menggunakan terma-terma fizik dan juga tahap keyakinan murid. Murid yang tidak mencapai tahap minimum penguasaan akan diminta untuk mengulangi ujian lisan selang dua hari selepas ujian lisan pertama dijalankan.

Bagi sekolah yang mempunyai ramai guru fizik adalah disarankan untuk mengada ujian
lisan ini di antara murid dangan guru fizik yang tidak mengajar kelas berkenaan. Rasionalnya
adalah untuk mewujudkan situasi ujian sebenar agar murid lebih serius dalam menduduki ujian
lisan ini. Baca Selanjutnya....

Friday, May 8, 2015

Garis Panduan Menulis Buku

GARIS PANDUAN PENULISAN

PENGENALAN
Buku teks menjadi bahan rujukan yang penting dalam pembelajaran.  Dalam tradisi Islam sendiri, teks menjadi bahan pendidikan yang penting.  Pengajian yang berasaskan akidah dan syariah dilaksanakan dengan berasaskan teks yang menjadi nas iaitu al-Quran dan hadis yang menjadi teks induk dan merupakan sumber penghasilan teks lain dalam bentuk kitab tafsir, tauhid, fikah dan juga bentuk lain.  Plato sendiri menghasilkan karya agung yang berjudul Republikyang menjadi teks penting di pusat pendidikan yang dihasilkannya iaitu Akademi.

Buku teks antara bahan pengajaran yang paling dominan dan sering digunakan sebagai sumber pemerolehan ilmu sejak sistem formal dijalankan. Ia merupakan sumber untuk mendapatkan bahan pengajaran tertentu dan idea yang mungkin dapat dikembangkan dengan menggunakan bahan tambahan.  Buku teks hendaklah dilihat sebagai alat bantu mengajar dan bukan sebagai satu-satunya sumber pengajaran. Verspoor dan Wu (1990) mencadangkan bahawa buku teks harus dijadikan bahan yang dapat memberikan kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran, dan perhatian perlu segera diberikan kepada penyusunan bahan secara berperingkat, pengenalan kemahiran kognitif secara progresif dan aspek keterbacaan teks.  Baca selanjutnya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...