Sunday, May 17, 2015

VLE- Virtual Learning Environment

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Tapi malangnya kami yang berada di Sarawak tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan ini kerana ketiadaan rangkaian 4G. Baru-baru ini Syarikat TM telah melancarkan produk terbaharunya TM Go. Maka bolehlah masuk VLE ini laju sikit.

Agak teruja apabila VLE juga menganjurkan pertandingan antara guru bagi memangkin semangat guru dalam penggunaan VLE ini.

Di sini saya titipkan sedikit nota yang saya ada berkenaan dengan asas VLE ini. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...