Sunday, May 17, 2015

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

Komuniti Pembelajaran Profesional
Sebahagian info diperoleh dari blog painestewart77



Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru. 

Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.



APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 






·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC
·                     memastikan pembelajaran murid
·                     budaya kolaborasi
·                     fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
·                     Kongsi kepimpinan
·                     kongsi nilai dan visi
·                     pembelajaran kolektif dan aplikasi
·                     kongsi amalan peribadi
·                     struktur
·                     hubungan

STRATEGI PLC
PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:



Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi
·                     Lesson Study
·                     Peer Coaching
·                     Learning Walk
·                     Teacher Sharing Session
·                     Video Critique


Fail Penyelaras PLC Sekolah
Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
·                     Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
·                     Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
·                     Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
·                     Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
·                     Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
·                     Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu. 


Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
1.            Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.


Bagi mana-mana guru yang ingin tahu lebih mendalam mengenai PLC, Sila Klik LINK

43 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mohon share semua maklumat . terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. bukan kerana arahan tapi banyaknya fail dan borang yang menyebabkan guru rasa tertekan. teori memang cantik tapi perlaksanaan hampeh.

    ReplyDelete
  5. Ooooo....hari ni tngk jadual kelas ada PLC terus cari...thanks for the information

    ReplyDelete
  6. PERKONGSIAN YANG AMAT BERGUNA.MOHON KEBENARAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM TAKLIMAT PLC DI SEKOLAH.TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  7. PERKONGSIAN YANG BERMANFAAT.. TQVM

    ReplyDelete
  8. Perkongsian ini amat bermanfaat dan berguna kepada saya sebagai guru pelatih. Dengan maklumat yang dikongsikan ini dapat meberikan persediaan kepada saya untuk mengharungi dunia pendidikan yang sebenar di sekolah kelak. Tq so much.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih diatas perkongsian

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum dan salam sejahtera,maaf menganggu..nak bertanya,kat mana saya boleh dapatkan buku ini? iaitu Komununiti Pembelajaran Profesional

    ReplyDelete
  12. terima kasih perkongsian yg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  13. Terima kasih.. sangat membantu

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian..sangat membantu👍👍

    ReplyDelete
  15. terima kaseh atas perkongsian ..mohon minta izin utk saya gunakan dan kongsikan bahan ini utk guru guru di sekolah .terima kaseh cikgu

    ReplyDelete
  16. terima kaseh atas perkongsian ..mohon minta izin utk saya gunakan dan kongsikan bahan ini utk guru guru di sekolah .terima kaseh cikgu

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkosian, banyak membantu.

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang baik berdokument

    ReplyDelete
  19. Bhn yg sangat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN..SEMOGA URUSAN TUAN DIPERMUDAHKAN..AMIN

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. terima kasih.. penjelasan yg terbaik

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah...tq atas perkongsian serta pencerahan yang bermanfaat

    ReplyDelete
  23. Adakah semua PLC perlu mengikut satu kitaran masa atau adakah ada aktivit PLC yang dilaksanakan secara on-off dan boleh terus direkodkan sebagai satu aktiviti

    ReplyDelete
  24. Bolehkah konsep PLC ini diamalkan oleh staf sekolah (AKP) bagi meningkatkan qualiti kerja mereka.

    ReplyDelete
  25. THANKS FOR SHARING. VERY HELPFULL

    ReplyDelete
  26. thanks for sharing ..very helpful

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...